»

Tuesday 27 March 2012

PNEUOMONIA... awan nano..


Salam,
Hatiku tak keruan.. berdebar2 rasanyer… tak tahu lar mungkin aku bimbang tentang kesihatan si babam curly aku Alif. Semalam aku bawa alif checkup ke paediatrician DR. CHIN FOOK HIN di Columbia Asia Hospital.. 

Asalnya nak follows up zat besi dan darah putih aliff tapi lain lak yg ade.. alif kene PNEUMONIA iaitu jangkitan kuman di paru2.. Dr. kate  banyak kahak dan berbunyi… Dr suruh admit supaya dapat buat x-ray, bagi nebilizer, buat fisioterapi dan sedut kahak… tapi aku dan hubby berfikir2 untuk admit.. sbb  mcm2 sbb salah satu kije.. adam aisy sekolah.. jarak kota warisan dan seremban… aku ngan hubby minta tangguh sampai jumaat.. aku cuba bagi ubat di rumah dulu.. bagu nebulizer cairkan kahak.. bagi antibiotic dan sebagainya.. jumaat jumpa Dr. balik.. sdi sebabkan aku tak nak aliff admit ari nih..

Dr bagi treatment Nebulizar (cairkan kahak), fisioterapi dan sedut kahak si hospital..  
Alif tertido kepenatan..
1st ambik darah untuk tengok balik kandungan zat besi dan darah putih serta lain2.. alhamdullilah aliff relax kali nih tak menagis pun good boy anak ibu… 
tdo 

2nd   gie ambik Nebulizer.. mmm.. macam biasa.. kene ikat bedung.. kalau tak abis meronta2.. bile kene ikat bedung jer,, alif dah faham.. menangis lar.. taknak.. aku tak sampai hati.. aku serahkan kat nurse.. aku taknak buat sbb nanti aku tak sampai hati tengok aliff nangis jerit2 meronta2 menitis2 air mata.. so tolongg yee nurse.. aku tengok dr jauh jer.. kecian aliff jeling2 kat aku minta tolong.. berpeluh2 aliff .. awan nano ibu… aku tengok nurse tuh pun berpeluh2 same ngan aliff tapi terima kasih nurse…



3rd  sedut kahak.. tapi kene tunggu sbb alif dah minum susu tadi pukul 2.30pm.. kene puasa 2jam… abis nebulizer pukul 3pm.. sedut kahak pukul 4.30pm .. tungu punye tungu sampai alif tertido.. mungkin sbb penat menangis tad isms ambik nebulizer.. aku lak mengelak2 dr beri aliff susu walaupun aliff bagi hint2… buat derq jerr… cian die… last2 tdo..  tepat 4.30pm waktu sedut kahak alif masih tdo.. bawak gie bilik treatment.. dr dah ade.. kejut alif.. kene buat fisioterapi dulu.. tepuk2 mamai lagik mata masih nak tdo tapi terpaksa kejut sayng.. dalam keadaan mamai.. bagi kat nurse utk ikat bedung.. haaa trus nangis.. trauma.. macam tau2 je.. start menangis dah.. abah pegang aliff ibu tak sampai hati.. fisio dulu buk buk buk.. kene tepuk.. nangis jerit ronta sume ade… dh fisio.. sedut kahak.. ishhh aku x sampai hati.. x leh dengar alif nangis jerit.. terbatuk2 aku kuar dr bilik gie jauh2.. wlu dh jauh tapi masih dengar suara alif ..tutup telinga.. dengar jugak naluri perasaan ibu.. ke hulu ke hilir aku… sabarrr… utk kebaikan alif pujuk hati aku.. dalam beberapa minit menunggu alhamdullilah selesai.. walaupun tak 100% kahak dikeluarkan.. tapi sekurang-kurangnya dah membantu memberi sedikit kelegaan si babam curly ku ini bernafas… airmata alif berlinang .. tersedu2… berpeluh2 nampak je aku tangan didepanya minta aku dukung.. alahai anak ibu kecian.. ok ok sudah2.. 
Result darah alif
4th  jumpa dr balik check result darah.. masuk jer bilik Dr. muka Dr. Chin skit merunsingkan hati aku bile Dr. tengok result darah alif .. explain…  darah putih still tinggi.. darah merah kurang.. zat besi naik skit same yg lain2 naik skit..tp yg Dr. risau masih ade bunyi  di paru2 dan kahak masih banyak.. “macamana saya sarankan untuk masuk wad” .. aku & hubby.. ntah lar.. masuh cuba mengelak.. hari jumaat Dr.
Ubat.. mmm .. byk.. ubat antibiotic, ubat kahak.. ubat selsema..ubat batuk.. ubat utk cairkan kahak(nebulizer), ubat zat besi, multivitamin…  hopely  alif sihat..

Kaedah Fisioterapi...
1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap,letak bantal bawah perut (bantal jngn tebal ye) then condongkan sikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki ke atas (kaki biar lurus)
2. Bentuk tangan seperti Cupping (ada lubang ditengah) dan gunakan kekuatan dr pergelangan tangan utk menepuk perlahan belakang bayi..
3. Tepuk selama 15 minit dan beralih dari kiri ke kanan tubuh bayi, tujuan  untuk melonggarkan kahak dalam paru2 dan 15 minit kemudian,bayi akn bersin dan batuk sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika dia telan,biarkan..nti akn keluar ke najis dia..

4. Pastikan bayi tidak mnum susu sejam @ setengah jam sebelum bagi mengelakkn bayi muntah..


Monday 26 March 2012

..bedtime story...

Buku cerita 4 my both Adam & Aisy

Bercerita Sebelum Tidur
Hangatkan imaginasi anak-anak anda dengan bercerita bersama mereka sebelum tidur.
Membacakan buku cerita kepada anak sebelum tidur boleh memberi kesan positif kepada mereka, termasuk tidur lena.
IBU BAPA sebenarnya memainkan peranan penting sewaktu menidurkan anak-anak. Mereka boleh membacakan kisah atau cerita daripada buku atau memainkan kaset rakaman kisah klasik kepada anak-anak yang mahu tidur.
Menurut penulis dan pelatih korporat, Ronny M Cole, perkara ini secara tidak langsung akan menggalakkan perkembangan minda anak-anak serta mewujudkan kasih sayang antara mereka dan ibu bapa.
"Membacakan kisah daripada buku adalah bagus dan ia salah satu cara paling mudah. Ibu bapa bukan sekadar bercerita kepada anak-anak.
"Contohnya, mereka dapat menggunakan kisah teladan untuk memberi panduan kepada anak-anak agar mereka menjadi gembira dan lebih produktif.
"Mencipta kisah yang hebat dan menarik akan menukar waktu tidur anak-anak anda kepada aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan," kata Cole.
"Lebih banyak anda bercerita, anda akan menjadi lebih kreatif dalam setiap perkara yang dilakukan. Anda akan dapati banyak idea-idea baru muncul di fikiran anda setiap masa.
Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata. Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia.
Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya :-
1. Wudhu
Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.  
2. Berdoa 
Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain. Selain itu ajar dia membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.
3. Baca buku 
Mengikut ramai pakar motivasi, masa tidur adalah waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.
4. Bisikkan doa 
Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.
5. Ungkapkan sayang

Ketika anak dalam keadaan ?tidur-tidur ayam?, dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan ?tidur-tidur ayam? otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.
6. Posisi

Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasulullah adalah tidur di sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Sementara itu, posisi yang paling perlu dihindari ialah tidur dalam keadaan meniarap.
7. Mohon maaf
Jika sebelum si kecil tidur, anda tanpa sengaja memarahinya, ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk meminta maaf. Jadikan amalkan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama lain. Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.
8. Ciuman 
Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu di tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa berada di sisinya.
9. Doa 
Sesudah bangun tidur, si anak hendaklah diasuh untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.

1st Step, si babam curly aku.. ALIF


my 1st STEP ..

Genapnya si babam curly ibu MUHAMAAD ADAM ALIF  berumur setahun 2 bulan semalam 25hb, pelbagai ragam dan aksi dari sejak lahir sampai sekarang sudah aku saksikan. Rengekan manja, tangisan sedu sedan, gelak tawa riang.. semuanya menceriakan dan mewarnai hidup semua di dalam keluarga kecil ku….

Aliff ibu dah ada 4 btg gigi di atas dan 4 btg gigi dibawah… kalau kene gigit perrggghh memang sakit… kakak aisy dh trauma kalau kene gigit ngan aliff.. J maklum lar jari aisy halusss jerrr… J

Ohh.. bila lar si babam curly ibu nih dapat jalan … tak sabar rasanyerrnak tengok aliff terkedek2 jalan… J Anyway, from my reading, it is totally normal kalau umur baby setahun pun dia still tak boleh berjalan. Setiap baby tak sama. Ada yang cepat, ada yang lambat. I choose to believe in what the experts say.

Salah satunya, about baby walker according to a pediatrician expert,
Studies have shown that babies who use a walker may actually learn to walk about a month later than those who don’t. Walkers allow babies to move around before they are physically ready for it, which can cause unusual movement patterns and delayed muscle control.
Babies learn to walk in part by watching and understanding how their feet and legs move. If a walker has a tray, they can’t see what’s happening with their lower body and don’t get the information they need about their motor development. 


Dan tentang ‘setahun sepatutnya dah boleh berjalan’,

Many children take their first steps sometime between 9 and 12 months and are walking well by the time they’re 14 or 15 months old. But don’t worry if your child hasn’t let go of the coffee table yet. It’s also perfectly normal for kids not to take that first step until they’re 15 or 16 months, or even later.

 Bla..bla..bla… bla… whatever,.. yg penting..akhirnya… si babam curly ibu MUHAMMAD ADAM ALIF secara rasmiya.. dah boleh berjalan sendiri… pada genap alif berumur setahun 2 bulan… TAHNIAH anak ibu… seronok nya…. Syukur alhamdullilah kepada MU yang maha ESA…  sungguh aku gumbira melihat aliff bangun dan berjalan dengan sendirinya tanpa di bantu dari abang adam dan kakak aisy mahupun ape2 bantuan yg lain… J aku amat2 gumbira…

“Semalam sedang alif cuba2 berdiri dan melangkah aku cuba lepaskan pegangan tangannya. Alif tergamam dan menggigil, namun alif terus berdiri sambil cuba untuk mengawal dirinya. Alif nampak ketakutan dan terhoyong-hayang. Aku mencangkung di hadapan Alif sambil mendepakan tanganku bersedia untuk menangkap sibabam curly ku sekiranya Alif rebah ke lantai. Alif memandang tepat ke arahku, sesuatu yang jarang dilakukannya. Tiba-tiba Alif mengangkat kaki kirinya dan melangkah ke hadapan. Dia hampir terjatuh, namun dapat mengawal dirinya. Kemudian kaki kanannya pula melangkah setapak ke hadapan.

Aku terpaku. Alif tertawa tanpa dapat mengawal dirinya, mungkin terlalu gembira. Aliff mengambil beberapa langkah lagi dengan cepat, mungkin terlalu seronok dan gembira. Aku menerpa ke arahnya. Aku memeluknya erat. Pandanganku kabur. Air mataku menitis… dari inilar perasaan seorang ibu.. Aku mencium pipi Alif. Aku kucup kepalanya… Aku memanjatkan syukur kepada Allah SWT. Bagiku, pemandangan melihat 1st step anakku begitu menyentuh perasaan. Merugilah mereka yang tidak dapat melihat perkembangan anak-anak mereka membesar di depan mata. Kerana ia adalah satu pengalaman dan anugerah dari Yang Maha Esa.
1st step anak2ku Adam ketika berumur 11bulan.. cpat kan.. Nur’Aisy 1st step pd umur 1 thn 2 bulan.. Si babam curly ibu Aliff 1 thn 2 bulan same dgn kak aisy die.. skang alif dh berani skit jalan wlupun kadang aliff berpapah2 lg pada dinding… eee… tak sabar nyeee nak tgk aliff berlari lak.. J


Muhammad adam Alif
Alif & bola2 nya..

EURO Fun Fair.. mari berrr gummbiraaa...aa


EURO Fun Fair
Jumaat ,23 Mar 2012 -  Yahooo ari nih dah gaji.. ermmmm.. tak sampai ½ jam clear dh bayar hutang wajip..  anyway plan weekend nih nak bawak adam aisy aliff gie euro fun fair kat depan TESCO,Nilai… ternampak lak masa akuc nak gie lunch kat Restoran Sawaddee  ngan As Shaari … sebenarnyeee nak bagi adam bergumbira sbb cuti sekolah ari tuh x bawak adam bercuti mana2.. maaf lar ye ibu abah cbuk keje… J

Euro Fun Fair, TESCO-Nilai

















Balik kije ambik anak2. Buat ape2 yg patut.. lepas maghrib dalam pukul 8.15pm br gerak dr rumah.. sungguh excited adam aisy biler bagitau nak bawak gie fun fair.. senyum sampai ke telinga… J J
Tiket masuk RM4 dewasa, RM2 kanak2.. family aku RM12 hinggit… dusss terbanggg… 1 token RM2 hinggit pejam mata beli RM hinggit untuk token jer….  Dapat lar 15 keping… teruja mainan byk2 tapi x sesuai untuk kanak2 dewasa ok lar.. yg kanak2 ader ler skit… 


1st adam nak naik bumper car.. adam usha dulu kat tepi.. tapi bile die tengok taknak lak..adam takut .. adam kate GANAZZZZZZZZZ lar ibu.. mmm.. adam usha lagik.. haaa ala2 bumpercar gak tapi utk kanak2..naik 3 token.. ..


Bumper Car ((Dodgem Car)
Battery Car 


2nd, aisy turn lak.. nak naik ulat ibu... mmm... Catterpillar Roller Coaster... aisey... macamana nih... kakak taknak naikk ngan abang.. ibu pun naik tau... mmm.. aku pun naik lar ulat tuh teman kan aisy.. adam pun tumpang sekaki... 3 token sorang = 9 token... abis dah token yg beli tadik tinggal 2 jer lagik aper yg leh naik ngan 2 token.. pas nih turn aliff lak tau... ishhh pening kepala.. pusing3x

Catterpillar Roller Coaster


3rd, alif lak... mmm.. kite naik Merry Go Round... permainan yg selalmat untukl aliff... adam aisy tumpang sekali... tapi 3 token sorang... mmm isyyy beli token lagik nampak nyerr.. adussss adoii haii terbang $$$$...
takpe lar janji bergummbiraaa...

Merry Go Round


4th, nak naik  Euro Wheel... hajat di hati... tapi mahal sangat.. 6 token sorang... 6X4=24 token = RM48 hinggit... terbatal lar hajat.. mmmm.. tengok dr bwh jer larrr... baik gie mamam..

Euro Wheel..

5th, ade balance 6 token... gie perabih.. kat  Geme Stall... ishhh kejapan clear.. ape yg dapat.. pen sebatang yg x kuar dakwat... :(

Game Stall

6th, mainan yg terliur nak main.. kalau bebudak nih xde 4sure aku nak try naik... :) ilikessss.. cuma hubby aku tak tau ler leh ke tidak nak teman aku.. :)

1. Drop Tower

2.Vortex

3.Challenger

4.Sky Rider













Friday 23 March 2012

nAsI gOreNg AyaM Pandan..

Salam... 
Menu lunch ari nih.. lagik di Restoran Sawaddee, Nilai wif As Shaari..
Nasi Goreng Ayam Pandan

Sirap Bandung Cincau


Tuesday 20 March 2012

KES PECAH RUMAH



Pagi nih aku mendapat panggilan dari neighbour aku di KOTA WARISAN… die call sbb nak beritahu dan mengingatkan aku agar berjaga2 serta berhati2 sbb dalam minggu nih jer kat kawasan rumah aku di MEGAH VILLA, KOTA WARISAN dah berlaku beberapa kes pecah rumah.. hari nih jer pagi2 lg dah ade kes pecah rumah jam lebih kurang pukul 8pg – 10pg, 2 kes pecah rumah… ishhh bahaya nih… kes pecah rumah kembali lagi..  kes ni jadik macam angin atau macam biskut chipsmore…. Kejap ada kejap xde tapi yg pasti.. kes2 gini tak hilang.. kali nih patern pencuri tuh waktu pagi.. dimana org ramai gie kije.. dan waktu tgh malam dlm pukul 2-3am iaitu waktu org tgh nyenyak tdo di layanzz mimpi indah…  time tuh lar pencuri2 nih wat keje terkutuk die… bagi kawasan rumah Megah Villa, Kota Warisan nih, dieorg masuk pecah rumah  ikut tangga blok..skali jalan.. dussssssssss.. bermula dr tingkat yg atas.. mesti pencuri2 nih dh survey dulu xtvt kawasan @ blok @ rumah yg hendak di pecah masuk nih… macam2 cara dieorg survey line.. salah satu info dengan berpura2 tanya nak cari rumah sewa @ cari rumah saudara mara…dll.. so kawan2 blogger ku.. sila lar berhati2 dengan kes2 gini dan yg penting saling mengingati.. lagi satu dengan ayat yg lebih mesra kite kene start  jadi neighbor yg busy body.. heheheheh.. busybody cara yg positif .. jgn lak yg negative nyerr… maksud aku.. kite kene lar tau @ kenal jiran2 di sebelah, depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah rumah kite.. J  al maklum lar kite nih antara org2 yg bekerja... kuar awal pg balik lewat petang..   



'Nightmare' ialah suatu interpretasi kepada keadaan bila pulang bercuti dan rumah dimasuki pencuri. Bagaimana cara terbaik untuk menghalang perkara ini daripada berlaku?
…'you must think like a thief. What are the things that have attracted thieves to come to your home?'

Tips Mengelakkan Rumah Dari Diceroboh Pencuri

Bila kes pecah rumah sering berlaku?
§  Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
§  Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
§  Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
§  Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
§  Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu,bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
§  Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada dirumah.
§  Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar)apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
§  Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
§  Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
§  Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
§  Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
§  (guna timer, alat kawalan waktu).
§  Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
§  Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
§  Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
§  Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
§  Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
§  Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
§  Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
§  Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
§  Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
§  Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.
§  Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). Biarkan kucing jer tidur situ.
§  Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun.
§  Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
§  Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert.
§  Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga! dan marah anda. 
§  Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing dikawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
§  Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.
§  Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. Pastikan handphone ada cukup bateri.
§  Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. Selain hafal nombor tu..pastikan jugak kredit ada(untuk prepaid user sahaja).
§  Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation. --Timer... 
§  Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
§  Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda
§  Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam 20 (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
§  Sekurang2 nya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yg ganas.
§  Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.


Sunday 18 March 2012

Sepetang @ Bagan Lalang..


18 Mar 2012, Sepetang @ Bagan Lalang..

“Jom bawa anak-anak main pasir pantai.. main layang2… syarat jgn mandi…” itu lar kate2 pelawaan hubby aku pd pukul 5 ptg hari ahad... mendengar je nak gie pantai.. anak2 aku adam xpcelly melompat2 kegembiraan.. Yahooo.. yabedabeduu… ye ye… aisy yg agak2 terpinga2 kelakuan abang nye pun pura2 melompat2 teruja.. tapi tak tahu ape yg berlaku.. “ Nape ibu?” tanya aisy balik yg masih pura2 senyum.. heheheh… “nak gie pantai lar aisy.. best kan.. gie main layang2..” si abang menerangkan kpd si adik… “ o…o..” ishhh tuh je bunyi nye… ape lagi kelam kabut lar adam ngan aisy gie tukar baju.. siap nak bawa swimming goggle yg baru beli ari2..

Dari kota warisan nak ke Pantai Bagan Lalang dalam 30-45 minit. Pantai Bagan Lalang ni bersih!! Kira oklar… pasir halus and waktu kami sampai air belum pasang, jadi budak2 tuh main pasir dan lumpur ler…hmmm… btul tuh, banyak lumpur kat sini, jadi banyak ler binatang laut macam ketam, dan lain2… kedai makan pon kira banyak gak, sambil ada tandas, tempat mandi, dan surau lagi tuh… kira kemudahan asas tuh, tip-top ler… air mula pasang belah petang, sebelom tuh, ada ler dekat2 1km kena menapak seblom dapat cecah air laut…


Sesampai je.. adam dh paww hubby aku layang2 baru.. angry bird… maklumlar layang2 ben10 adam hubby aku dah hilangkan.. tersangkut di pokok… heheheheh.. ganti jgn tak ganti.. aisy pun nak.. share jer… mmm… time2 nih 2sure mahal… btul pun.. RM18 terbanggg… hubby ku melayan adan aisy main layang2.. wahh sungguh senang nak naik… angin kuat.. seronok lar budak2 tuh main layang2.. Seronok tenguk kanak-kanak berlarian di tepi pantai sambil main layang-layang… TAPI dalam 10-15 minit jer… pas tuh dah layang2 kemana mana.. last2 hubby aku yg main layang2 sebabnya… adam aisy dah main air ngan pasir… ishhh.. tak teringat pesanan abah die nih .. jangan main air!! Jangan mandi… budak2 ape nak kate… Adam, dia tak sabar nak gi mandi laut. Budak ni bukan kira air bersih atau tidak..janji dapat mandi manda… hilang jer jelingan manja hubby aku mmm.. berrdebussss… saje je landing kat air… hahahahah.. siap guling2… abis basah kuyup… hubby aku ape lgik menahan geram jer… takpe lar abah.. budak2.. baju dah lar tak bawak ..kene beli lar nih… terbang lagik RM $$$...


Moralnya:  kalau pergi PANTAi.. sila bawak baju spare…


Si babam curly aku.. ALIF.. teruja.. wahh tengok je pantai angin sempoi bahasa meniup muka, membuatkan aligf amat teruja… suka bangat nih.. siap nak turun.. maybe alif dah mula paham keseronokan bermain.. aligf Nampak lapang pantai… air laut.. ombak… rang ramai mandi manda.. budak2 berlari2.. main pasir… :) aku un teruja lihat gelagat alif.. aku pun dukung lar aliff ke gigi air.. turun kan alif agar dapat 1st time merasa pasir pantai.. air laut.. ombak… teruja nak turun.. cecah je kaki di pasir pantai… hahahahah… terkejut.. terus meronta2 nak dukung balik… minta di dukung balik… alif terkejut dgn ombak dan die geli ngan pasir yg melekat dikaki… pasir @ lumpur… hehehheheheh…. Mmm…. Tak teruja jadik nyer… tapi still suke Cuma jgn turunkan alif dalam air…  :)  so sepanjang berada di pantai alif diatas dukungan.. bila nak cecahkan kakije akan di angkat nye… adoooiii haiii… takpe next time yer alifff… alif plak yg main layang2… wahhh pandai aliff pegang tali layang2.. kuat tak terlepas pun.. aisy kalau pegang asik terlepas jer…. Sampai layang2 yg tarik aisy yg kurus tuh.. :) anyway walaupun dalam masa 1 jam di pantai bagan lalang, anak2 aku adam aisy aliff sangat2 happy.. tq Mr Hubby.. Luv U Much… Sebelum maghrib kami berangkat pulang… otw perjalanan kami singgah membeli mee rojak di pecan bagan lalang “RESTORAN MAKANAN ISLAM” mee rojak nih memang menjadi kewajipan aku & hubby kalau ke bagan lalang pasti singgah membeli … sungguh sedap.. awesome…