»

Sunday, 8 September 2013

DOA PELEMBUT HATI untuk Suami Dan Anak-Anak..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-


200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.

Bacaan dalam huruf rumi:-

1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la’a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati suami dan anak-anak.

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : ‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.

Bacaan dalam huruf rumi:-

2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta’luu a’layya wa’tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.


Doa ibu bapa untuk anak-anak menghadapi peperiksaan


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara-mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah, 
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah, 
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah, 
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu. Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, 
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, 

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin

Sunday, 25 November 2012

Konvokesyen Nur Aisy Irdina Hany - IQ KIDS


Assalamualaikum....

Arini update blog sbb dah byk sgt n3 yg di drafkan tp x t'publish... byk sgt yg t'tunda2..
kali ni kisah konvokesyen Aisy @ IQ Kids

Tarikh : 24hb November 2012
Tempat : Dewan Terbuka Orang Ramai, Megah Villa, Kota Warisan, Sepang

Alahai...tadika2 sekarang semua pun buat konvo untuk pelajar2nya. Bertuah mereka…Sana sini kat fesbuk mak pak pakat2 dok upload pic konvo anak konsert anak semua kan..termasuk aku.. maklum lar antara majlis wajib skang nih.. kene lar  diingati…

Majlis start awal..pukul 8.00pagi dah kene ada kat sana. so,pagi2 sume kene bangun awal… Adam, Aisy dan Alif… Aisy bersemangat.. bukan aper.. semangat nak menari.. huhuhuhu… Adam lak semanagat nak tengok dank komen bile aisy menari… Alif!! Ikut jerr…

Meh layannn….











Tuesday, 23 October 2012

Small gift as a great appreciation.... tq 3x


Salam…
23-24 Oct 2012.. .
EMPLOYEE APPRECIATION GIFT DEDICATION ON CONNECT AND REACT DAY… terima kasih kawan… uishhhh… apple... so sweetttt… tq kak puteri.. kak nija dan as shaari…. Untuk aiman ngan afra tq 3x..for  the McFlurry…








Thank you for your friendship


Thank you for our friendship
For it means so much to me,
Your 
kindness and understanding
And loving 
ways you share so free. 
Thank you for being beside me
When I 
needed someone that cared,
And thank you for all your 
loyalty
For the times together we shared.

Thank you for our friendship
For it's something even money can't buy,
Thank you for holding me 
tightly
When there was a need I had to cry.

Thank you for always 
smiling
When I couldn't smile at all,
And thank you for 
boosting my ego
For the times I felt so small.

Your friendship I 
cherish so deeply
So this message to you I send,
May God bless and always watch over you
And may you always 
remain my friend.

Tuesday, 16 October 2012

Stress Sangat... ;'(









Assalamualaikum…
Hye semua...

STRESS!!!! Fikiran nih memang sangat serabut. Setiap orang pasti akan stress… tak kira lar seseorang itu memiliki kerja perofisional sekalipun, housewife, PM or ….. masing2 maybe merasa stress dengan sesuatu atau dengan somebody… 



Saya stress sangat
Serius Sangat-Sangat, Aku Stresssssssss
Takyah lah nak Stresssss sangatt..
Pergghhh... aaaa. uuuu.. eeeee... need helpp...helpppp...



..Hmmm.... 
Kalau lah aku diberi tanggungjawab untuk uruskan krusus pengurusan stress,
ini adalah apa yang ada dalam list aku aku:
   
 - diberi wang sebanyak 1k dan di hantar shopping ke mall pilihan.
    - menonton wayang sepanjang hari
    - 1 hari diberi off untuk tidur.
    - pakej massage dan spa.
    - di bawa ke pantai untuk bersantai je.
    - lepak di kedai kopi dan bersembang kosong, sila bawak sesiapa yang anda inginkan.
    - tidur lagi...
    - saloon pakej.
    - la la la laaaaaaaaaaaaa la la la...

TAPI..  ini adalah yg terbaikkk...
SENYUM
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh dan mengomel sorang –sorang.. yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah

BERSENDIRIAN
Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Tempat yg sesuai.. pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik

BERTENANG
Janganlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.

BERBUAT BAIKLAH PADA INSAN
Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea…

JADILAH INSAN YANG BERHATI LUHUR DAN PEMAAF
Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah  pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.

PELUK
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan a.k.a. bff kite lar …anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear .. cik ted..) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

LAVENDER
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan  stress  anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).

KASIH SAYANG  
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti  tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.

ALLAH
Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..

CERIA
Janganlah bebankan  fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..




Doa elak gelisah, hutang, dan sebagainya


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan 

Ya Allah, aku mohon dijauhkan sedih & gelisah

wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasali

dan aku mohon jauhkan dari gopoh & malas

wa a'udzubika minal jubni wal bukhli

dan jauhkan dari menjadi penakut & kedekut

wa a'udzubika min ghalabatid dayni

dan jauhkan dari belenggu hutang

wa qahrir rijal

dan paksaan orang lain


English translation: I seek refuge with Allah from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your Refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men

Amin amin ya rabbal alamin

Thursday, 4 October 2012

Pray for Ahmad Adam Syukri


Kepada teman-teman yang membaca blog ini,sudilah kiranya membantu sekadar yang termampu.

Nama : Adik Ahmad Adam Syukri
Nama Ibu : Noraisyah Md Malena
Tel : 013-3439702
Akaun No : 0204007292201 (CIMB)
Salam... tersentuh rasa nya kepada sesiaapa yg mengetahui kisah adik adam nih...  rasa keibuan aku sangat2 tersentuh... bagaimana lar perasaan ibu, bapa, abang  dan kakak kepada adik adam ni..
Semoga Allah beri kekuatan untuk adik Adam Syukri dan ketabahan kepada keluarganya..

" Ya Allah, Engkau pelihara anak ini dengan segala kemuliaan dan ringankanlah kesakitan yang di tanggung olehnya...Ya Allah Kau lindungilah anak kecil ini..Kau pulihkan penyakit yang dihadapinya..Kau kurangkanlah penderitaan yang dirasainya... Amin.."

Maaf, aku tak sampai hati utk post/upload gambar2 adik adam syukri nih... sedih rasanye.. menitis air mata bagi sesiapa yg melihat nyer.. sama-sama lah kita dari jauh memanjatkan doa untuk adik Adam Syukri dan keluarga...