»

Wednesday, 3 October 2012

Mukjizat Di Sebalik BISMILLAH




BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' 

Kelebihan-kelebihan BISMILLAH 

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi) 

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. 

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. 
Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ' 

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ' 

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. 

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.. 

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. 

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca. 

Friday, 7 September 2012

Kasih Sayang Yg X Terhingga..


So Sweet... entri kali nih memang menyentuh perasaan aku.. Setianya si isteri sampai ke hujung nyawa..
Seorang isteri menangis-nangis ingin mandikan jenazah suami dia.. Bapak mertua dgn polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku. Sebagai seorang isteri, aku redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Moga kita semua dikurniakan sebaik-baik pasangan dunia dan akhirat.

Ps…
Masya Allah...ade kah kesempatan utk ku berbuat begitu? Insyallah..ku mohon pda mu ya allah..klu ada kesempatan utk ku buat begitu...amin.
Alhamdulillah..terima kasih Md Rafiz Abu Bakar  kerana telah memperisterikan saya..ya allah! andainya tidak layak untukku bidadara di syurga cukuplah Md Rafiz sebagai bidadara utkku di akhirat nnt..amin


Sumber : Oh! Media


Monday, 3 September 2012

AWA$$ .. Virus TERBARU...




English Translation:
Oppa is Gangnam style
Gangnam style
A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist
I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that
I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
You know what I’m saying
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
Romanized:
Oppan gang-namseutayil
Kang-namseutayil
Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja
Naneun sana-i
Naje-neun neomankeum ttasaroun geureon sana-i
Keopi shikgido jeone wonsyas ttaerineun sana-i
Bami omyeon shimjangi teojyeobeorineun sana-i
Keureon sana-i
Areumdawo sarangseureowo
Keurae neo hey keurae baro neo hey
Areumdawo sarangseureowo
Keurae neo hey keurae baro neo hey
Chigeumbu-teo kal dekkaji kabol-kka
Oppan gang-namseutayil
Kang-namseutayil
Oppan gang-namseutayil
Kang-namseutayil
Oppan gang-namseutayil
Eh- sexy lady
Oppan gang-namseutayil
Eh- sexy lady
O-oo-o
Jeongsu-khae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
Karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
Keureon gamkakjeo-gin yeoja
Naneun sana-i
Jeomjanha boijiman nol ttaen noneun sana-i
Ttae-ga dwehmyeon wahnjeon michyeobeorineun sana-i
Keunyukboda sasangi ul-tungbul-tung-han sana-i
Keureon sana-i
Areumdawo sarangseureowo
Keurae neo hey keurae baro neo hey
Areumdawo sarangseureowo
Keurae neo hey keurae baro neo hey
Chigeumbu-teo kal dekkaji kabol-kka
Oppan gang-namseutayil
Kang-namseutayil
Oppan gang-namseutayil
Kang-namseutayil
Oppan gang-namseutayil
Eh- sexy lady
Oppan gang-namseutayil
Eh- sexy lady
O-oo-o
Ttwiineun nom keu wiie naneun nom
Baby baby
Naneun mwol jom aneun nom
Ttwiineun nom keu wiie naneun nom
Baby baby
Naneun mwol jom aneun nom
You know what i’m saying
Oppan gang-namseutayil
Eh- sexy lady
Oppan gang-namseutayil
Eh- sexy lady
Oppan gang-namseutayil


Tuesday, 28 August 2012

ADAM DAN HAWA



Sinopsis Adam dan Hawa:
Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...
Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam  ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. 

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.

Para pelakon: Aaron aziz sbg Adam
                         Nadia Nissa- Ain hawani
                         Alzana - Dee
                         Rozie Rashid - Kak Zah

Adam & Hawa - Episod 01

Pertemuan tak sengaja antara Ain dan Adam di persimpangan jalan bersama teman wanitanya Dee membuatkan Ain memandang sinis pada Adam yang tanpa segan silu bermanja-manja di dalam kereta. Perbuatan 'over' dan mengada Dee yang Adam suka layan...hinggakan Adam diberi gelaran 'playboy'

Adam & Hawa Episod 2

Ain rasa seronok bila mula bekerja. Adam akan cari peluang untuk berjumpa dengan Ain di Tadika. Mula rasa seronok melihat dan mengusik Ain. Ain tetap dengan gaya bersahaja yang masih keanak-anakan. Ain risau bila Adam menganggu dan tak mahu cikgu-cikgu dan terutamanya Kak Zah anggap lain padanya. 

Adam & Hawa - Episod 03

Dee rancang untuk berkahwin dengan Adam secepat mungkin. Dee paksa mummy nya untuk meminang Adam. Marah sungguh Mummy Dee seolah macam terdesak aje. Dee tak peduli yang penting dia tetap nakkan Adam dengan cara apa sekalipun.

Adam & Hawa - Episod 04

Ain mula rasa Adam memang suka mainkan perasaan dan kaki perempuan. Dan mula perlu jarangkan dirinya. Ain tak dia jadi bahan gossip di tadika kerana di baru bekerja dan tak nak mendatangkan masalah.

Adam & Hawa - Episod 05

Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua ditangkap berkhalwat atas salah faham. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya berdiam diri dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya. Bertahun berlalu dan akhirnya mereka dipertemukan semula. Namun adakah mereka akan mengetepikan ego dan menyerah pada perasaan yang sememangnya mendambakan diri masing-masing? 

Adam & Hawa - Episod 06

Ain tekejut apabila melihat sesuatu di atas mejanya. Yang pasti benda di atas meja Ain membuatkan dia tersenyum riang. Adam pula semakin selesa dan tidak mahu mengaku bahawa dia yang meletakkan hadiah tersebut di atas meja Ain.
Sementara itu, Maria yang juga mama kepada Adam mula merasa tidak senang hati dengan tingkah laku Dee yang mahukan Adam meminangnya secepat mungkin. Perbuatannya itu membuatkan Maria semakin marah dan tidak selesa kerana berani memaksa Adam secepat mungkin mengikat pertalian yang sah antara mereka berdua.
Apakah yang akan dilakukan Adam untuk memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Ain dan Dee? Mampukah Adam melakukan sesuatu untuk terus mengekalkan persahabatan nya yang semakin akrab dengan Ain?
Adam & Hawa - Episod 07

Kah Zah cuba mencungkil rahsia hati Ain terhadap Adam tetapi sedaya upaya berdolak dalih tentang isu cinta mereka berdua. Dia juga takut jikalau Kak Zah mula memandang serong padanya.
Sementara itu Sharina, sepupu kepada Ain masih tergila-gila kan Adam dan sering becerita tentang lelaki pujaannya itu. Perkara tersebut membuatkan Ain tidak mula merasakan seolah-olah itu adalah tanda peringatan supaya ‘jangan menganggu Adam’.
Adakah Ain akan meneruskan niatnya untuk mengenali hati budi Adam selain merapatkan hubungan persahabatan mereka?
Adam & Hawa - Episod 08
Ain mula mendapat idea dengan mengumpan Sharina untuk menggantikannya membantu Adam kerana Ain tahu Sharina pasti akan sanggup buat apa sahaja demi dapat bersama dengan Adam walaupun dia berada dalam keadaan yang sakit.
Lebih kecoh apabila isu Adam dan Ain yang membuat temu janji mula tersebar di Tadika Puncak Ilmu. Ini lebih menambahkan kemarahan CIkgu Zauyah tentang isu tersebut.
Apakah yang bakal terjadi nanti tentang selepas berita tersebut tersebar di tadika tempat Ain mengajar?


Adam & Hawa - Episod 10

Dee bengang terus lalu berlalu dengan dendam pada Ain. Sementara Cikgu Zauyah kecoh hal Ain mula mengatal dengan Adam.

Dee sanggup berjumpa dengan Ain untuk pertahankan haknya. Ain tergamam bila mulut Dee tuduhnya yang bukan-bukan tapi Ain pantas memintas mengatakan bukan dia seorang aje perempuan yang Adam keluar sekarang ni…ramai lagi..!! Dee makin bengang.

Sejak kejadian tu Ain mula jual mahal dengan Adam. Bila berjumpa ada aje `pertengkaran` kecil. Namun Adam suka bila Ain marah begitu…cute..!

Bukan Dee aje yang serang Ain, Cikgu Zauyah dengan mulut lasernya. Ain makin berang melihat kini dirinya jadi bahan gossip di tadika.

Dee bermuka-muka bila dengan Adam supaya Adam terus bersamanya. Adam mula rimas dengan Dee yang over hingga terjadi pergaduhan antara mereka. Dee makin sakit hati..!

Kak Rubi meminta Ain membantunya menghantar barang kepunyaan Kak Zah di rumah. Ain berat hati kerana dia tak nak langsung bersemuka dengan Adam. Ain berbelah bagi antara kerja dan peribadinya…buntu Ain..!

Ketika Ain sampai dipintu belakang rumah Kak Zah..tak berkunci..Ain masuk kerana pasti Adam tiada di rumah seperti yang diberitahu..

Kemunculan Adam mengejutkan Ain. Tak sempat menjelaskannya kelihatan beberapa lelaki kupiah masuk ke dalam rumah…Ain dan Adam terus panic...

Tuesday, 7 August 2012

Tazkirah: Penerbangan Ramadhan Air




"Selamat datang ke penerbangan Ramadhan Air.
Pesawat ini bernombor 1433H.
Penerbangan ini akan mengambil masa selama 30 hari
dan akan melalui kawasan berpermukaan haus dan lapar.
Penumpang diwajibkan untuk memakai tali pinggang PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT.
Hidangan Al-Quran akan disediakan setiap masa.
Alatan mengumpat dan sebagainya tidak dibenarkan ketika penerbangan.
Kapten Cik Buku mengucapkan Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan".

Syukur Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan yang ke 1433H ini.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi diri kita.
Semoga kita mampu untuk berubah kepada lebih baik dan kekal sehingga Ramadhan tahun berikutnya.

Sempena menyambut Ramadhan ini, sama-samalah kita membersihkan diri kita daripada dosa agar Ramadhan kali ini menjadi suatu titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Sama-samalah kita berdoa:

Bismillah...
Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.
Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,

Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,
Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.

Amin...

Sumber : PS SKKW

Friday, 8 June 2012

MEE BANDUNG "MAK PON"





















































































































MEE BANDUNG...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning
300 g daging (ikut suka lagi byk lg besttt..)
10 - 15 ekor udang besar
Fishball, Fishcake (kalau suka)
3 pokok sawi hijau
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
1 bungkus perencah mee bandung "Mak Pon Muar"
5 - 6 biji telur
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
Hirisan daun sup*
Hirisan cili merah*
Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan.
  2. Udang.. kupas udang(klu senang nak makan), Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan(Lecur jer dengan mee kuning.. fresh.).
  3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum (klau nak lg ummmppphhh), masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  4. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.
  5. PENYEDIAAN MEE BANDUNG MUAR :- Cuci mee kuning dan celur sekejap(tambahan: celur bersama daun sawi)  , angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera..

CATATAN  :-) Untuk telur tu, saya masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangi proses sama sehingga telur habis…