»

Tuesday 28 August 2012

ADAM DAN HAWA



Sinopsis Adam dan Hawa:
Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...
Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam  ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. 

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.

Para pelakon: Aaron aziz sbg Adam
                         Nadia Nissa- Ain hawani
                         Alzana - Dee
                         Rozie Rashid - Kak Zah

Adam & Hawa - Episod 01

Pertemuan tak sengaja antara Ain dan Adam di persimpangan jalan bersama teman wanitanya Dee membuatkan Ain memandang sinis pada Adam yang tanpa segan silu bermanja-manja di dalam kereta. Perbuatan 'over' dan mengada Dee yang Adam suka layan...hinggakan Adam diberi gelaran 'playboy'

Adam & Hawa Episod 2

Ain rasa seronok bila mula bekerja. Adam akan cari peluang untuk berjumpa dengan Ain di Tadika. Mula rasa seronok melihat dan mengusik Ain. Ain tetap dengan gaya bersahaja yang masih keanak-anakan. Ain risau bila Adam menganggu dan tak mahu cikgu-cikgu dan terutamanya Kak Zah anggap lain padanya. 

Adam & Hawa - Episod 03

Dee rancang untuk berkahwin dengan Adam secepat mungkin. Dee paksa mummy nya untuk meminang Adam. Marah sungguh Mummy Dee seolah macam terdesak aje. Dee tak peduli yang penting dia tetap nakkan Adam dengan cara apa sekalipun.

Adam & Hawa - Episod 04

Ain mula rasa Adam memang suka mainkan perasaan dan kaki perempuan. Dan mula perlu jarangkan dirinya. Ain tak dia jadi bahan gossip di tadika kerana di baru bekerja dan tak nak mendatangkan masalah.

Adam & Hawa - Episod 05

Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua ditangkap berkhalwat atas salah faham. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya berdiam diri dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya. Bertahun berlalu dan akhirnya mereka dipertemukan semula. Namun adakah mereka akan mengetepikan ego dan menyerah pada perasaan yang sememangnya mendambakan diri masing-masing? 

Adam & Hawa - Episod 06

Ain tekejut apabila melihat sesuatu di atas mejanya. Yang pasti benda di atas meja Ain membuatkan dia tersenyum riang. Adam pula semakin selesa dan tidak mahu mengaku bahawa dia yang meletakkan hadiah tersebut di atas meja Ain.
Sementara itu, Maria yang juga mama kepada Adam mula merasa tidak senang hati dengan tingkah laku Dee yang mahukan Adam meminangnya secepat mungkin. Perbuatannya itu membuatkan Maria semakin marah dan tidak selesa kerana berani memaksa Adam secepat mungkin mengikat pertalian yang sah antara mereka berdua.
Apakah yang akan dilakukan Adam untuk memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Ain dan Dee? Mampukah Adam melakukan sesuatu untuk terus mengekalkan persahabatan nya yang semakin akrab dengan Ain?
Adam & Hawa - Episod 07

Kah Zah cuba mencungkil rahsia hati Ain terhadap Adam tetapi sedaya upaya berdolak dalih tentang isu cinta mereka berdua. Dia juga takut jikalau Kak Zah mula memandang serong padanya.
Sementara itu Sharina, sepupu kepada Ain masih tergila-gila kan Adam dan sering becerita tentang lelaki pujaannya itu. Perkara tersebut membuatkan Ain tidak mula merasakan seolah-olah itu adalah tanda peringatan supaya ‘jangan menganggu Adam’.
Adakah Ain akan meneruskan niatnya untuk mengenali hati budi Adam selain merapatkan hubungan persahabatan mereka?
Adam & Hawa - Episod 08
Ain mula mendapat idea dengan mengumpan Sharina untuk menggantikannya membantu Adam kerana Ain tahu Sharina pasti akan sanggup buat apa sahaja demi dapat bersama dengan Adam walaupun dia berada dalam keadaan yang sakit.
Lebih kecoh apabila isu Adam dan Ain yang membuat temu janji mula tersebar di Tadika Puncak Ilmu. Ini lebih menambahkan kemarahan CIkgu Zauyah tentang isu tersebut.
Apakah yang bakal terjadi nanti tentang selepas berita tersebut tersebar di tadika tempat Ain mengajar?


Adam & Hawa - Episod 10

Dee bengang terus lalu berlalu dengan dendam pada Ain. Sementara Cikgu Zauyah kecoh hal Ain mula mengatal dengan Adam.

Dee sanggup berjumpa dengan Ain untuk pertahankan haknya. Ain tergamam bila mulut Dee tuduhnya yang bukan-bukan tapi Ain pantas memintas mengatakan bukan dia seorang aje perempuan yang Adam keluar sekarang ni…ramai lagi..!! Dee makin bengang.

Sejak kejadian tu Ain mula jual mahal dengan Adam. Bila berjumpa ada aje `pertengkaran` kecil. Namun Adam suka bila Ain marah begitu…cute..!

Bukan Dee aje yang serang Ain, Cikgu Zauyah dengan mulut lasernya. Ain makin berang melihat kini dirinya jadi bahan gossip di tadika.

Dee bermuka-muka bila dengan Adam supaya Adam terus bersamanya. Adam mula rimas dengan Dee yang over hingga terjadi pergaduhan antara mereka. Dee makin sakit hati..!

Kak Rubi meminta Ain membantunya menghantar barang kepunyaan Kak Zah di rumah. Ain berat hati kerana dia tak nak langsung bersemuka dengan Adam. Ain berbelah bagi antara kerja dan peribadinya…buntu Ain..!

Ketika Ain sampai dipintu belakang rumah Kak Zah..tak berkunci..Ain masuk kerana pasti Adam tiada di rumah seperti yang diberitahu..

Kemunculan Adam mengejutkan Ain. Tak sempat menjelaskannya kelihatan beberapa lelaki kupiah masuk ke dalam rumah…Ain dan Adam terus panic...

No comments:

Post a Comment