»

Wednesday 29 February 2012

Blurrrrr



Stress..ss..ssss @ Blurrr..rrr..
Uhh.. stress aku ari nih sbb nak menyiapkan JD. .. uitt x bole berpikir aku.. nape.. yer… blur yg amat.. no idea sume ade !$!$%@%^#.... Nih dah pkl 4pm esok kene submit dah x siap lagie.. mmm.. ape aku nak buat nih.. mmm.. benda2 yg di dalam kepala aku ari nih..dr pagi sampai skang asik Role Purpose, Accountabilities, Key Challenges, Decision-Making vs Support, Enable, Drive & Measurement…hopely dapat siap sebelum kol 5.30pm...

Info29 FEBUARY 2012
TA H U N 2012 mempunyai kelebihan satu hari dibandingkan dengan tahun 2011  kerana tahun ini adalah tahun lompat. Takwim yang digunakan pada hari ini dinamakan takwim Gregory. Takwim Gregory sempena nama Pope Gregory XIII (7 Januari 1502 – 10 April 1585), orang yang bertanggungjawab mengubahsuaikan takwim Julian. Beliau mendapati kesilapan dalam takwim Julian dan memperkenalkan pembetulan takwim yang dikenali sebagai takwim Gregory. Takwim ini juga dikenali sebagai takwim Barat atau takwim Kristian. Takwim ini diterima secara perlahan-lahan oleh kebanyakan negara di dunia. Britain menerima pakai takwin ini pada tahun 1752, Sweden 1753, China 1912, Rusia 1918 dan Turki 1926, negara terakhir, selepas kejatuhan empayar Uthmaniah.
Mengikut takwim ini, satu tahun mengandungi 365 hari bagi tahun biasa dan 366 hari bagi tahun lompat. Takwim ini berdasarkan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari. Tempoh satu peredaran lengkap Bumi mengelilingi Matahari dinamakan satu tahun suria. Tempoh Bumi mengelilingi Matahari hampir 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan antara satu tahun takwim Gregory dengan satu tahun suria sebanyak 0.25 hari (1/4 hari).
 
29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.
Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.
Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.
Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.
Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.


Tuesday 28 February 2012

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi


BAPAK BOREK ANAK RINTIK...
Hari ahad baru2 nih xtvt yg tak dirancang jalan2 di Mines Shopping Complexs.. Kalau nak jalan2 kat shopping complex, dah tentu banyak nak kluar duit... salah satu tempat banyak kuar duit saje2 jer… kat tempat mainan kanak2 & video games.. Paling kurang mau RM20 melayang.. bile dah start main sampai x hingat nak balik.. nak main yg tuh yg ni.. mmm..  pandai dieorg nih berniagakan.. setiap yg ade anak2 pasti akan merasa waktu2 begini… bagi family aku memang la wajib kalau jumpa tempat2 gini kat shopping complex sure kene masuk.. kat alamanda especially ..lepas main bowling pasti singgah..  hubby aku memang video games lover dari PS1, PS2, PS3 sume dh jadik collection peribadi.. anak aku Muhammad Adam Ikhwan plak terjebak  PSP.. 2 bulan sekali 4sure adam mintak hubby aku tukar games baru… skang gegirl aku NuR 'AISY IRDINA HANY pun dah terjebak ngan abah dan abang die... mmm... abislar.. bab2 nih abah die memang pandai layannzz anak2 aku..

SifOO..
khusyuk x hingat..
mmm.. anak ibu terpaksa berdiri sbb tak sampai..
Adam... pun x sampai..
dab besar leh bawak F1 yerrr...
adam tunggu turn.. lpas nih... ishhh
macam nih kakak, abah ajar... tekan nih.. pusing sini... bla bla bla..
good girl..
kat rumah x puas..








Monday 27 February 2012

kap.. kap.. Sawadikap.. yum.. yum..

Makan2 wif BFF aku..
Jumaat, 20 Feb 2012 jln2 cari makan.. kali nih tukar selera.. makan menu thai.. kali nih di RESTORAN SAWADEE seperti bff aku kate 4/5 bintang http://blogmillenniums.blogspot.com... pergghhh... menarik menu die.. banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih ...

nih lar die sajian lunch aku & bff... Nasi Goreng USA wif sambal special Sawadee,Mee Tom Yum Kung & Keow Tiaw Bandung.....



Wednesday 22 February 2012

Mendidik Anak Cemerlang



Kaedah dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.






Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama: 
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: 
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: 
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: 
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Monday 20 February 2012

New Journey..


Tomorrow is the beginning to my new journey..a new chapter....akan ku mulai dengan ceria serta senyuman...

"Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.
Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah..."

Kata-kata motivasi oleh Dr Fadzilah Kamsah.
 
“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

Saturday 18 February 2012

Doa untuk anak2 ibu yang dikasihi....

  


Ya Allah…,
Didiklah anak-anakku 
Muhammad Adam Ikhwan
Nur 'Aisy Irdina Hany,
Muhammad Adam Alif,
menjadi insan yang Engkau redhai
Engkaulah pelindung iman dan taqwa mereka
Moga mereka ceria di dunia dan di akhirat......
tiadalah daya upayaku
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Biarlah wajah anak-anakku sentiasa tenang seperti mereka sedang tidur,
Pada hari mereka mengadapMu nanti,
biarlah wajah mereka
Sebersih sesuci masa kecilnya…
tidak seperti wajah-wajah mereka yang engkau ancam dengan nerakaMu
seperti yang diceritakan dalam KitabMu,
Berilah pada mereka kitab amal mereka ditangan kanan mereka
Ya Allah,Ku mohon padaMu ya Allah ya Rahman,
Pilihlah anak-anakku menjadi insan yang mewarisi Syurga Firdaus Mu,
Peliharalah aqidah mereka di dunia yang penuh fitnah ini….
Pandanglah wajah mereka dengan belas kasihanMu…
Moga mereka sentiasa dalam redaMu…
Ya Allah Ya Ghafur,  Ya Arhama Rohimiin,
La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazholimin.
La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah. 
Aamiin


a) Baca Fatihah (1 kali) 
b) Baca Ayat Kursi (1 kali) 
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)



d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat



Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

Friday 17 February 2012

RUNNING MAN..


GELAK SAKAN bersama RUNNING MAN ....
Reality show yang sangat menarik. Program realiti yang buat kita ketawa hingga tak kering gusilah.. Hahaha... ape aku buat nih... ishhhh.. Now dah pukul 1.30 pagi... terjebak tengok show ni buat aku tak tdo ... aku, hubby dan gegirl aku nur 'aisy  tengok show nih ulangan ptg tadik pkl 6.30ptg.. mmmm... gelak sakan ..pecah perut aku dibuatnye...espcly hubby aku...termasuk gak nur 'aisy.. ntah die faham ke tak tapi gelak sakan gak.... best 3x..


Program realiti Running Man nih memang kelakar walaupun dalam bhs korea tapi subtittle malay dan riak muka ahli2 die yg tak boleh tahan nak gelak... memang best tahap tak boley cite! lawak gile..! lawak dia bukan buat2.. tapi semula jadi lawak... baru dorang mukadimah aku da gelak terbahak2...  aku memang layan episode2 Running Man nih tiap2 minggu.. Awesome.. mmg terbaik.. hehehheeh.. nak tengok Astro HD - CH393 episode baru setiap hari jumaat 6.30 ptg.. ulangan jumaat pkl 1.00 pagi dan hari ahad pkl11mlm.. kat YouTube.com pun ade tp subtittle byk english.. ok gak lar kalau nak layan...FB pun ade better korang donlod kat FB..senang.. ada page sendiri SUBS..SUBS ni bertanggungjawab untuk menterjemah bahasa dari bahasa KOREA ke English.. jadi kita leh la jugak fahamkan... ( tiba2 macam rugi xbelajar bahasa koreakan?kalau tak pun leh download setiap episod Running Man secara online disini http://www.kshownow.net..

Running man program realiti ini sangat berlainan dari tv-tv show yang lain.. Kenapa ? sebab tv show ini berkonsepkan humor yang berpanjangan sambil mengejar kemenangan dalam setiap cabaran yang dikenakan pada krew-krew running man.. Ok untuk lebih jelas.. mcm ni..  Ahli tetap running man mempunyai 8 orang..  dan bagi setiap episod ada 2 artis jemputan (samada dalam group or berseorangan) yang turut menghangatkan cabaran ini.. 8+2+ = 10+ orang.. 2 kumpulan akan ditubuhkan iaitu kumpulan berbaju merah dan biru..  so Red fight Blue la.. Setiap cabaran dimulakan dengan mencari kod rahsia running man.Fuh! xlarat sungguh aku nak gelak jea bila tengok rancangan ni..  bodoh  +  triple sengal !  jurukamera running man memang memerlukan stamina yang kuat sebab diorang turut kena berlari untuk merakam aksi krew-krew running man dalam setiap cabaran.. fuh! letih.. 

Rancangan realiti yang betul-betul buat aku hilang stress sepanjang waktu ini.. inilah dia Running Man ! Jom layan.. sangat best !!!







Habbatus Sauda

 
 Habbatus Sauda...
Hari ini aku terpanggil untuk membeli supplement kesihatan "Minyak Habbatus Sauda" ... Terima kasih kepada frenz aku As Shaari & Zillawatie yang amat menjaga badan dan kesihatan... dari dieorg nih lar aku terjebak untuk mencuba produk nih... Insyaalah esok aku start mencuba dan insyaallah akan aku cuba amalkan... chayuk chayuk... sememang nye aku tak pernah ambik ape2 supplement sebelum nih.... As Shaari mentor aku lar ... har har har... 



Khasiat Habbatus Sauda..
Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:      

 1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN
Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Khasiat Habbatus Sauda

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Thursday 16 February 2012

Makan2..



Lunch Time.. NOODLE STATION, Nilai

Jumaat, 17 Feb 2012 - 1:15pm.. Jom makan... hari nih gie makan jauh skit... al maklum lar  rehat lama.. so aku bersama As Shaari & Zillawatie gie lar mencari2 tmpt makan.. "Nak makan kat mana yer..." mmm.. kat Giant Avenue byk pilihan... tiba tempat dituju.. mmmm pilih2... steamboat ade ayam penyek ada.. burger king ade.. sushi ade.. satay ada... nasi ayam ada... kopitiam ada... macam2 ada lar.. last2 tempat pilihan   " NOODLE STATION"...



 
 
 

Menu... byk pilihan... best3x.. cuma kiteorg bila dah dapat menu tak tahu lak nak pilih ape... adalah dlm 3++ minit nak pilih menu aper..

Noodle Sensations


Western Stars


Super Sandwiches


Rice Surprise


Kids' Choice


On The Sides

Pilihan aku Hokkien Style Fried Mee.. tapi nape yerr macam hailam jer... hehehhehe...
Ni lar plak pilihan As Shaari & Zillawatie... sehati sejiwa Thai Style Springy Noodle (Spicy)..sekali tengok ..macam pernah nampakkan... mee maggi... :)