يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ
وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-
200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan
kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah,
supaya kamu berjaya.
Bacaan dalam huruf rumi:-
1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu
waraabithuu wattaqullaha la’a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)
Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah
dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan
tersebut bertujuan untuk melembutkan hati suami dan anak-anak.
إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya
(isi)nya : ‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah
kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.
Bacaan dalam huruf rumi:-
2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu
bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta’luu a’layya wa’tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)
Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah
orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah
anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment