Assalamualaikum…
Hye semua...
Hye semua...
STRESS!!!! Fikiran nih memang sangat serabut. Setiap orang pasti akan stress… tak kira lar seseorang itu memiliki kerja perofisional sekalipun, housewife, PM or ….. masing2 maybe merasa stress dengan sesuatu atau dengan somebody…
Saya stress sangat
Serius Sangat-Sangat, Aku Stresssssssss
Takyah lah nak Stresssss sangatt..
Pergghhh... aaaa. uuuu.. eeeee... need helpp...helpppp...
..Hmmm....
Kalau lah aku diberi tanggungjawab untuk
uruskan krusus pengurusan stress,
ini adalah apa yang ada dalam list aku aku:
- diberi wang
sebanyak 1k dan di hantar shopping ke mall pilihan.
- menonton wayang
sepanjang hari
- 1 hari diberi off
untuk tidur.
- pakej massage dan
spa.
- di bawa ke pantai
untuk bersantai je.
- lepak di kedai kopi
dan bersembang kosong, sila bawak sesiapa yang anda inginkan.
- tidur lagi...
- saloon pakej.
- la la la laaaaaaaaaaaaa
la la la...
TAPI.. ini adalah yg terbaikkk...
SENYUM
Kebanyakan
kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling
tak pun kita akan mengeluh dan mengomel sorang –sorang.. yea tak? apa kata
bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita
senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah
|
|
BERSENDIRIAN
Ada sesetengah orang suka
bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Tempat yg
sesuai.. pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk
mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar
dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian
perbaiki pada keadaan yang lebih baik
|
|
BERTENANG
Janganlah berserabutkan lagi keadaan
yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara
perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam
keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi
anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat
dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku
nanti.
|
|
BERBUAT BAIKLAH PADA INSAN
Cuba kurangkan perbuatan dari
menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat
seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah
memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih
afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena
marah dengan boslah yea…
|
|
JADILAH INSAN YANG BERHATI
LUHUR DAN PEMAAF
Bunyi memang senang tapi bila kita
hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda
lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang
dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.
|
|
PELUK
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan
damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika
anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan a.k.a. bff kite lar …anda
peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear .. cik ted..)
peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan
seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia
dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
|
|
LAVENDER
Bagi yang suka pada aroma terapi
minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini
kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan
atau mensurutkan stress anda.
(Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
|
|
KASIH SAYANG
Terapi yang mudah kita dapat melalui
kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu
bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber
kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda
tidak berseorangan didunia ini.
ALLAH
Ikutilah perintah dan suruhanNYA,
tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat
dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..
CERIA
Janganlah bebankan fikiran dengan
semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Kita
hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan
seadanya..
|
|
jangan stress2...tengoklah adam dan hawa...
ReplyDeleteBerdoa pada Allah supaya diberi ketenangan...