Buku cerita 4 my both Adam & Aisy |
Hangatkan imaginasi anak-anak anda dengan bercerita bersama mereka
sebelum tidur.
Membacakan buku
cerita kepada anak sebelum tidur boleh memberi kesan positif kepada mereka,
termasuk tidur lena.
IBU BAPA sebenarnya
memainkan peranan penting sewaktu menidurkan anak-anak. Mereka boleh membacakan kisah atau cerita daripada buku atau
memainkan kaset rakaman kisah klasik kepada anak-anak yang mahu tidur.
Menurut penulis dan
pelatih korporat, Ronny M Cole, perkara ini secara tidak langsung akan
menggalakkan perkembangan minda anak-anak serta mewujudkan kasih sayang antara mereka
dan ibu bapa.
"Membacakan kisah daripada buku adalah bagus dan ia salah satu
cara paling mudah. Ibu bapa bukan sekadar bercerita kepada anak-anak.
"Contohnya, mereka dapat menggunakan kisah teladan untuk
memberi panduan kepada anak-anak agar mereka menjadi gembira dan lebih
produktif.
"Mencipta kisah yang hebat dan menarik akan menukar waktu
tidur anak-anak anda kepada aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan,"
kata Cole.
"Lebih banyak anda bercerita, anda akan menjadi lebih kreatif
dalam setiap perkara yang dilakukan. Anda akan dapati banyak idea-idea baru
muncul di fikiran anda setiap masa.
Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil
di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting
sebelum melelapkan mata. Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan
tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi
seorang yang berakhlak mulia.
Berikut adalah antara adab tidur yang perlu
diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang
hayatnya :-
1. Wudhu
Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan
ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan
menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut
dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh
bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.
2. Berdoa
Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah
lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara
surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain.
Selain itu ajar dia membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting
sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.
3. Baca buku
Mengikut ramai pakar motivasi, masa tidur adalah
waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan
membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti
tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia
dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.
4. Bisikkan doa
Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak
hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai
antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala
anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.
5. Ungkapkan
sayang
Ketika anak dalam keadaan ?tidur-tidur ayam?, dengan sepenuh hati katakan anda
sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia
tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan
?tidur-tidur ayam? otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda
perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.
6. Posisi
Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasulullah adalah tidur di sisi sebelah
kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Sementara itu, posisi yang paling perlu
dihindari ialah tidur dalam keadaan meniarap.
7. Mohon maaf
Jika sebelum si kecil tidur, anda tanpa sengaja
memarahinya, ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk meminta maaf.
Jadikan amalkan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama
lain. Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu
tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda
di kemudian hari.
8. Ciuman
Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman
selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara
sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut
membantu di tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa berada di
sisinya.
9. Doa
Sesudah bangun tidur, si anak hendaklah diasuh
untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada
sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan
hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.
No comments:
Post a Comment