»

Monday 5 March 2012

PERMAINAN ANAK ♥♥♥


Permainan ♥♥♥
Kanak-kanak dan permainan sukar dipisahkan. Mereka membentuk dunia tersendiri dengan permainan mereka. Ada kalanya mereka boleh leka berjam-jam lamanya dalam dunia khayalan ciptaan mereka.Ada ibu bapa terlalu teruja membelikan pelbagai barangan permainan untuk si kecil yang baru pandai bermain. Anak-anak kecil tentu sahaja seronok dengan permainan yang diberikan tetapi terfikirkah anda, siapa tahu mereka mungkin menjerit kesakitan kerana kemalangan yang tidak diduga.Alat permainan kanak-kanak kadang kala boleh mengundang padah sekiranya tidak berhati-hati memilihnya. Hakikatnya, bukan semua permainan sesuai untuk kanak-kanak.Terdapat pelbagai barangan permainan yang dijual di pasaran sekarang disesuaikan dengan kanak-kanak mengikut usia dan jantina. Untuk anak lelaki, kereta mainan dan blok binaan mungkin sesuai bagi mereka manakala anak patung pula sesuai untuk anak perempuan.Namun, anda perlu bijak memilih permainan untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diduga. Permainan itu mungkin kelihatan cantik tetapi tidak sesuai dengan tahap usia dan perkembangan mereka.
Alif bersama mainan nya....
 

Tip Pilih Permainan
1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.
2. Elak beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia di bawah satu tahun.
3. Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.
4. Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.
5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan anak tercekik.
6. Bahan-bahan yang mempunyai toksik tidak sesuai dijadikan bahan permainan kerana boleh meracuni mereka.
7. Jangan beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal.

Kemungkinan barang permainan yang berkualiti agak mahal harganya tetapi yang penting anak anda selamat semasa bermain. Dapatkan nasihat dan bantuan daripada petugas kedai untuk memilih permainan yang sesuai untuk anak. Paling penting, sentiasa berada di sisi anak semasa mereka bermain. Ia akan membuatkan anak-anak rasa lebih dihargai selain keselamatan mereka terjamin.

Mainan adalah harta tak terkira bagi anak-anak, namun kita harus memilihkannya dengan cermat.Bukan harga atau status yang menentukan baik atau tidaknya sesuatu permainan itu tetapi fungsi permainan yang membawa keseronokan dan merangsang otak untuk menjelajah.
di anatara nya....

Fungsi mainan
* Merangsang fungsi otak
* Merangsang penggunaan jari jemari
* Membina perhubungan
* Mengawal/menguruskan emosi

Jenis permainan
* Permainan statik
* Permainan interaktif/ mekanikal
* Permainan yang boleh diubah-ubah.


PERMAINAN KHUSUS UNTUK Si KECIL
* Bermain Sosial - Mengajak si kecil berinteraksi dengan Anda dan orang lain sangat penting di tahun pertama kehidupannya.
* Bermain objek - Menggunakan objek tertentu bermain sentuh, goyang, buang dan tekan akan membuat bayi 4 hingga 10 bulan riang dan gembira.
* Bermain Pura-Pura - Gunakanlah benda-benda yang biasa untuk bermain. Contohnya kereta yang dijalankan di rumput, atau menggunakan sikat sebagai gagang telefon. Ini permainan imaginasi yang disukai anakanak 12-21 bulan.
* Bermain Simbol - Jenis permainan ini biasanya dilakukan pada anak usia 2 tahun. Ajak mereka memanfaatkan kotak kasut untuk dijadikan bus sekolah atau ajak mereka menggigit gelang-gelang warna yang dianggap sebagai kuih donat.
* Bermain Peranan - Di usia 30-36 bulan, si kecil sudah mampu diberi peranan utama dalam memainkan babak `doktor-pesakit´, `guru-murid´ atau `Polis-nenek tua´... 

suke nya....

syok nya...




No comments:

Post a Comment