Pagi nih aku mendapat panggilan dari neighbour aku di KOTA
WARISAN… die call sbb nak beritahu dan mengingatkan aku agar berjaga2 serta berhati2 sbb
dalam minggu nih jer kat kawasan rumah aku di MEGAH VILLA, KOTA WARISAN dah berlaku beberapa kes
pecah rumah.. hari nih jer pagi2 lg dah ade kes pecah rumah jam lebih kurang pukul 8pg – 10pg, 2 kes
pecah rumah… ishhh bahaya nih… kes pecah rumah kembali lagi.. kes ni jadik macam angin atau macam biskut
chipsmore…. Kejap ada kejap xde tapi yg pasti.. kes2 gini tak
hilang.. kali nih patern pencuri tuh waktu pagi.. dimana org ramai gie kije..
dan waktu tgh malam dlm pukul 2-3am iaitu waktu org tgh nyenyak tdo di layanzz mimpi indah… time tuh lar pencuri2 nih wat keje terkutuk die… bagi
kawasan rumah Megah Villa, Kota Warisan nih, dieorg masuk pecah rumah ikut
tangga blok..skali jalan.. dussssssssss.. bermula dr tingkat yg atas.. mesti pencuri2 nih dh
survey dulu xtvt kawasan @ blok @ rumah yg hendak di pecah masuk nih… macam2
cara dieorg survey line.. salah satu info dengan berpura2 tanya nak cari rumah sewa
@ cari rumah saudara mara…dll.. so kawan2 blogger ku.. sila lar berhati2 dengan kes2
gini dan yg penting saling mengingati.. lagi satu dengan ayat yg lebih mesra kite kene
start jadi neighbor yg busy body..
heheheheh.. busybody cara yg positif .. jgn lak yg negative nyerr… maksud aku..
kite kene lar tau @ kenal jiran2 di sebelah, depan, belakang, kiri, kanan,
atas, bawah rumah kite.. J al maklum lar kite nih antara org2 yg bekerja... kuar awal pg balik lewat petang..
'Nightmare' ialah suatu interpretasi kepada keadaan bila pulang
bercuti dan rumah dimasuki pencuri. Bagaimana cara terbaik untuk menghalang
perkara ini daripada berlaku?
…'you must think like a thief. What are the things that have
attracted thieves to come to your home?'
Tips Mengelakkan Rumah Dari
Diceroboh Pencuri
Bila
kes pecah rumah sering berlaku?
§ Ketika
penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
§ Apabila
tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama
lain.
§ Apabila ada
tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya
Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
§ Kunci pintu
dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
§ Jangan
sembunyikan kunci rumah di dalam pasu,bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut
di luar rumah.
§ Jangan
tinggalkan nota menunjukkan anda tiada dirumah.
§ Hentikan
hantaran pesanan harian (surat khabar)apabila anda tiada di rumah untuk
beberapa hari.
§ Pasang
semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun
penyewa rumah bertukar.
§ Elakkan dari
memberi kunci rumah kepada kontraktor.
§ Simpan
tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh
penceroboh.
§ Wujudkan
suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada
waktu malam
§ (guna timer,
alat kawalan waktu).
§ Cabut talian
telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem
pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
§ Sertai
program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan
kerjasama antara komuniti dan polis.
§ Berikan
nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang
berhampiran.
§ Pastikan
kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang
boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
§ Pastikan
sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh
penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
Tips-tips tambahan bagi
mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
§ Pintu utama
dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan
sistem kunci yang berkualiti.
§ Pasang door
viewer dan penyelak di pintu utama.
§ Pasang
jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
§ Pasang lampu
(guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan
untuk kawalan di luar rumah.
§ Pasang alat
keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.
§ Jangan
biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan
anak sebagai tebusan). Biarkan kucing jer tidur situ.
§ Sekiranya
terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12
ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah
taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk
masuk (kes terbaru berlaku di Dungun.
§ Beritahu
anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah
malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
§ Bawa kunci
alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and
offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert.
§ Tekan button
merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
Bagi jiran semua terjaga! dan marah anda.
§ Sekiranya
terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing dikawasan rumah anda, sila
dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni
biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan
kepala).
§ Pesan kepada
jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita
bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon
pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.
§ Semasa
tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone
anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur
anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa
kehadiran pencuri di dalam rumah anda. Pastikan handphone ada cukup bateri.
§ Adakan
senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya.
Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor
tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. Selain hafal nombor
tu..pastikan jugak kredit ada(untuk prepaid user sahaja).
§ Lampu porch
& lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam,
baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation. --Timer...
§ Kalau cuti
lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri
menghidu ketiadaan tuan rumah.
§ Kalau
kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis
berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda
§ Kalau ada
anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam 20 (sebab ada
pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in
case berlaku kebakaran.
§ Sekurang2
nya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri
yg ganas.
§ Kalau sewa
rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama
simpan kunci pendua.
Semoga kita ambil iktibar dari kesusahan org lain, bantulah jiran2 sekiranya mereka menghadapi masalah...(mcm ayat syaahan plak)
ReplyDelete