»

Tuesday 20 March 2012

KES PECAH RUMAH



Pagi nih aku mendapat panggilan dari neighbour aku di KOTA WARISAN… die call sbb nak beritahu dan mengingatkan aku agar berjaga2 serta berhati2 sbb dalam minggu nih jer kat kawasan rumah aku di MEGAH VILLA, KOTA WARISAN dah berlaku beberapa kes pecah rumah.. hari nih jer pagi2 lg dah ade kes pecah rumah jam lebih kurang pukul 8pg – 10pg, 2 kes pecah rumah… ishhh bahaya nih… kes pecah rumah kembali lagi..  kes ni jadik macam angin atau macam biskut chipsmore…. Kejap ada kejap xde tapi yg pasti.. kes2 gini tak hilang.. kali nih patern pencuri tuh waktu pagi.. dimana org ramai gie kije.. dan waktu tgh malam dlm pukul 2-3am iaitu waktu org tgh nyenyak tdo di layanzz mimpi indah…  time tuh lar pencuri2 nih wat keje terkutuk die… bagi kawasan rumah Megah Villa, Kota Warisan nih, dieorg masuk pecah rumah  ikut tangga blok..skali jalan.. dussssssssss.. bermula dr tingkat yg atas.. mesti pencuri2 nih dh survey dulu xtvt kawasan @ blok @ rumah yg hendak di pecah masuk nih… macam2 cara dieorg survey line.. salah satu info dengan berpura2 tanya nak cari rumah sewa @ cari rumah saudara mara…dll.. so kawan2 blogger ku.. sila lar berhati2 dengan kes2 gini dan yg penting saling mengingati.. lagi satu dengan ayat yg lebih mesra kite kene start  jadi neighbor yg busy body.. heheheheh.. busybody cara yg positif .. jgn lak yg negative nyerr… maksud aku.. kite kene lar tau @ kenal jiran2 di sebelah, depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah rumah kite.. J  al maklum lar kite nih antara org2 yg bekerja... kuar awal pg balik lewat petang..   



'Nightmare' ialah suatu interpretasi kepada keadaan bila pulang bercuti dan rumah dimasuki pencuri. Bagaimana cara terbaik untuk menghalang perkara ini daripada berlaku?
…'you must think like a thief. What are the things that have attracted thieves to come to your home?'

Tips Mengelakkan Rumah Dari Diceroboh Pencuri

Bila kes pecah rumah sering berlaku?
§  Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
§  Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
§  Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
§  Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
§  Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu,bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
§  Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada dirumah.
§  Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar)apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
§  Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
§  Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
§  Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
§  Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
§  (guna timer, alat kawalan waktu).
§  Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
§  Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
§  Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
§  Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
§  Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
§  Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
§  Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
§  Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
§  Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
§  Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.
§  Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). Biarkan kucing jer tidur situ.
§  Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun.
§  Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
§  Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert.
§  Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga! dan marah anda. 
§  Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing dikawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
§  Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.
§  Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. Pastikan handphone ada cukup bateri.
§  Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. Selain hafal nombor tu..pastikan jugak kredit ada(untuk prepaid user sahaja).
§  Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation. --Timer... 
§  Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
§  Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda
§  Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam 20 (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
§  Sekurang2 nya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yg ganas.
§  Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.


1 comment:

  1. Semoga kita ambil iktibar dari kesusahan org lain, bantulah jiran2 sekiranya mereka menghadapi masalah...(mcm ayat syaahan plak)

    ReplyDelete